Selamat Hari Raya

Hari raya tahun ni, begitu bermakna bagi aku kerana kali pertama beraya dengan status "sudah bekerja", bukan lagi pelajar seperti yang aku lalui saban tahun sejak umurku 5 tahun (tadika hingga universiti), namun suatu perkara yang tak dapat ku ulangi ialah... kemeriahan hari raya seperti zaman terdahulu telah semakin terhakis lantaran umur yang telah mencapai tahap dewasa... ingat pulak zaman kanak-kanak..meriah sangat.
Raya tahun ini famili aku menyediakan juadah nasi kapit/himpit dengan kuah kacang pada raya pertama, nasik dagang dengan lauk ikan aya/tongkol pada raya kedua (nasik dagang mak aku popular kat kg...sedap nya)... emmm kawan-kawan aku tak ramai yg datang, hanya shahrul dan fakhzan yang bertandang, yang lain entah kemana..
Kalau nak cerita disini, tak tertaip aku...nnt lah ader masa aku tulih lagi okeys...