Next Episode "Posting"...



Setelah aku membuka lembaran surat bersampul putih itu....arghhhhh...suspen.... aku ditempatkan di bahagian hal ehwal undang-undang (bheuu) "org sini panggil bayu"... Jabatan Perdana Menteri...pejabatnya di Parcel B..blok B7, alhamdulilah..nasib tak kena hantar KL @sabah@sarawak... aku diminta terus masuk bertugas mulai jam 2.00pm di bhgn terbabit...manakala amru pula dijabatan yang sama tapi di bahagian penguatkuasaan Maritim, cyberjaya...
Tepat jam 2.00 pm aku pun melangkah dengan bergaya ke BHEUU...nampak jer bergaya tapi dalam hati saper yang tahu he he he... emmm sampai2 jer disitu kepeningan telah memanjat otakku lantaran binaan pejabat yang agak simpang siur..tapi dpt kutemui jugak pejabat BHEUU di tingkat 3..setelah menunggu hampir 30minit, barulah ader kerani (pembantu tadbir) melayan kedatangan ku dengan menyerahkan borang-borang berkaitan, dan aku dimaklumkan yang tempat ku belum ada lagi so terpaksa melepak di sofa tetamu...tetapi selang 10 minit, aku dibawa ke tingkat -2 iaitu di unit IT (operasi bantuan teknikal...OBT). Rata-rata mereka tidak tahu akan kedatanganku disitu, tambahan lagi timbalan ketua pengarah (TKP), ketua pengarah (KP) dan pengarah tidak ada (bercuti)...so mcm org bodoh jelah aku kat situ...namun aku diberi tmpt duduk sementara kepunyaan vendor (mesiniaga), maka dapatlah aku menjalankan aktiviti YM disitu...
hari kedua, aku tiada arah lagi...aku terpaksa melepak dalam library...dalam hati..."bila laa aku nk dpt tmpt duduk ni"...setelah tension, dah takder kijer nak buat, aku pergi melancong ke alamanda putrajaya...sehingga petang menjelma...baru ku pulang ke pangkuan pejabat ku yang tercinta untuk punch out...he he awal2 kijer dah pandai wat nakal!!!
Hari berikutnya (isnin)...aku dipanggil mesyuarat oleh TP OBT, en Shamsudin...so masa tu aku diberitahu kemungkinan besar aku menggantikan tempat en Azmi (PP) yang melanjutkan pelajaran ke prkt master... maka aku akan ditempatkan di seksyen pembangunan sistem dan menjalankan tugas sebagai penolong pengarah pembangunan sistem (inovasi)..berderau jugak dengar penolong pengarah tu...ye ker?
Keesokan harinya, maka betullah kemungkinan yang diberitahu, aku akan menggantikan en Azmi...tetapi aku diminta untuk bertugas di Mahkamah persekutuan...istana keadilan ~Palace Of Justice~, maka dengan serta merta aku diminta untuk lapor diri di POJ, iaitu di cawangan perancangan dan pembangunan mahkamah (CPPM)....alamak... dengar nama pun aku dah nak pitam...
Keindahan istana keadilan ini, memaksa aku berfikir dan berfikir...mampukah aku menjalankan tugas ini dengan sebaik mungkin...ini adalah dilemma baru...dalam dunia pekerjaan...

Putrajaya Oh Putrajaya....



Tanggal 15 Disember, Aku telah melapor diri bertugas (report duty) di auditorium 1 Jabatan Perdana Menteri...pusat pentadbiran kerajaan Putrajaya, aku sampai 15 minit lagi jam 8.30 am...sementara menunggu sessi pendaftaran, aku meramahkan diri bergaul dengan kawan-kawan sejawatan yang lebih kurang 60 orang banyaknya. Well, kebanyakan yang diterima masuk ke jawatan PSM kali ini adalah mereka yang sudah ada pengalaman kijer serta kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL) dari jawatan PPSM. Tak ramai graduan baru!!! (tak aci kan? bagilah peluang kpd fresh graduate!). Tepat jam 8.30 am proses pendaftaran bermula, dokumen seperti surat setuju terima, gambar dan borang maklumat peribadi diserahkan kepada pegawai terbabit. Setelah daftar, aku duduk dibangku berdekatan, emm tiba-tiba kelihatan seorang pemuda yang segak tampan bergaya "macam pernah kulihat org ini..tapi dimana yaaa?"... memang aku kenal...he he amru! student master kustem (actually he ex matric and degree student at kustem!)..setelah menyapa, ternyata beliau tidak kenal aku malahan tidak pernah nampak aku di kustem...padahal dia dah baper kali datang kerumah sewaku dikala memujuk pok ya mentablighkan diri...arghhhh tension...tak mengapa, yg penting aku kenal dia....
Setelah itu, kami semua diminta masuk kedalam auditorium untuk mendengar taklimat penjawatan...terdapat 2 sessi iaitu taklimat am...berkenaan dengan peraturan penjawat awam dan penempatan (posting)...yang dinanti nanti ialah sessi posting (berdebar siut) sbb pada surat tawaran dan lapor diri tidak tertulis di mana kita ditempatkan...dalam hati berkata "harap2 lah tak hantar jauh2...", setelah sessi taklimat, sampailah masa sessi posting...sebelum tu kami mendengar ucapan timbalan pengarah JPA yang mengingatkan agar kerja baik-baik dan jaga amanah yang diberi ini sebaik-baiknya....
Setelah surat posting diserahkan...dengan hati berdebar ku membuka surat tersebut...emmm nak tau dimana aku dihantar? he he he sila ke next episode bertajuk "posting"

Rezeki...Buatlah Pilihan Terbaik

Hanya syukur yang boleh ku ucapkan ke hadrat IIlahi, atas limpah kurnia rezeki yang telah dipinjamkan sementara kepadaku, moga-moga menambah lagi keimanan kepadaNya...
Di bulan ramadhan yang lalu, aku terima 2 tawaran kerja baru, pertama di DGKOM sdn bhd sebagai programmer dan yang kedua di sektor awam sebagai Pegawai Sistem Maklumat gred F41...tawaran kijer ini datang pada minggu yang sama, membuatkan aku menadah tangan syukur dengan apa yang kuterima.
Setelah dihitung, kira, pendapat dari masyarakat sekeliling, ku telah terima jawatan di sektor awam di atas beberapa sebab, antaranya kestabilan, faedah masa depan yang baik dan perkembangan kerjaya yang efisyen.
Pada tanggal 25 Nov 2005, aku telah meletak jawatan sebagai eksekutif MIS di Tenaga Cable Industries, perletakan jawatan ini mengundang rasa hiba dijiwa lantaran keakraban dengan kakitangan disini, suasana kijer yang seronok dan tekanan kijer kurang...sedih oiiii, tapi apakan daya, disini aku berstatus kontrak, bila2 masa aku boleh di terminate, so langkah proaktif perlu sebagai backup...
14 Dis adalah hari terakhirku berkhidmat di TCI, segala suka duka (banyak suka sebenarnya), menjadi kenangan, pengalaman yang kutimba disini amat bernilai yang tidak dapat ditukar kepada wang ringgit....
Semoga, kerjaya baruku... lebih baik dari apa yang kukecapi kini....