INTERVIEW PTM...sekadar panduan

Assalamualaikum...
Minggu ni ramai kekawan dapat panggilan temuduga Pegawai Teknologi Maklumat...ok sblm aky terang kan pengalaman aku ditemuduga kena tau la serba sedikt ttg jawatan ini.

Nama jawatan: Pegawai Teknologi Maklumat (PTM)
Gred: F41

Tangga Gaji P1T1(berkuatkuasa mulai 1 Julai 2007)
  • basic -RM 1899.0
  • Elaun ETKA -RM 300.00
  • Elaun Cola -RM300.00
  • Elaun Rumah -RM210.00
JUMLAH: RM 2699.01...

agak menarik bukan? so bacalah tips berikut agar memberi keyakinan pada kengkawan untuk hadapi temuduga!!!

Sebelum temuduga:
Baca betul2 surat panggilan temuduga, pastikan semua dokumen yang diperlukan ada dan disusun mengikut aturan yang diberikan.

Pastikan photostate dokumen yg diminta sahaja...biasanya sijil ko-k tak perlu phostostat..(lihat surat panggilan i.view)

Buat skit kajian ttg jawatan yg akan di interview...deskripsi tugas dsbg nya...

baca disini:- http://www.jpa.gov.my/pekeliling/pp06/bil15/pp1506.pdf

atau baca disini http://www.spa.gov.my/portal/page?_pageid=53,49420&_dad=portal&_schema=PORTAL





Pakaian:
kl leh pakailah pakaian yg biasa org pakai masa interview: laki2 tu pakailah baju cerah+suar hitam+tie+blazer@coat..., yg pompaun tu mcm korang pakai bila ada majlis rasmi..k clear.

Temuduga:
ada 2 bahagian
i. Pengetahuan IT
ii. Pengetahuan Am

Pengetahuan IT
lebih kepada pengatahuan asas tentang IT, antara contoh soalan:
a) Bezakan sistem berasaskan internet (web base) dgn sistem online
b) Terangkan konsep sistem berkomputer di pejabat?
c) Konsep LAN dan WAN
d) WIFI, bloototh (wireless tecnology)
e) Bagaimana nak didik pengguna menggunakan IT?

Pengetahuan Am
Yang ni susah skit laaa, kena byk membaca dan tgk berita...dr pglmn antara cth soalan ialah:
a) Tema kemerdekaan, kali berapa?
b) Tajuk berita hari ini
c) Konsep kontrak sosial
d) Sistem perundangan di malaysia like jumlah ahli dewan rakyat, dewan negara...something like that laaaa
e) isu2 ekonomi spt inflasi, konsep naik turun saham...
f) isu semasa yg panas spt Islam Hadhari, Konsep Masyarakat Glokal, pembunuhan altantuya dr perspektif masayarakat awam....just tau konsep cukup...
g)Tonggak 10
h) wawasan 2020
i) MSC..berjayakah projek ni? aplikasi MSC?

Bahasa
Interview dalam BM, tp ada jgk yg kena skit BI..aku kena introduce ur self dalam BI....so preparelaa skit sblm g interview... kalau yg tak pandai speaking tu, control laa skit kl kena ty dlm BI..buat mcm pandai dan jawab seminimum mgkn bg mengelakan kesilapan..hehe..aku jawab "yes" atau "no" jer bila tak tau nk jwb aper...hehe

TIPS!
jika tak brp pasti atau tak tau...berterus terang jela...tp bergantung jgk pada panel temuduga...kl aku jawab jer "maaf tuan, saya tak tau" atau "maaf tuan, saya tidak berpa pasti"

jika tersalah jawab, jgn ketawa terlalu over, atau buat malu2...bertanggungjawab terhdp apa yg kita jwb....yakinkan panel yg kita yakin dgn jawapan itu...dan jk terbukti salah, mengaku jela

jangan bertikam lidah dgn panel, jika dia tak bersetuju dgn pendapat panel, katakan "saya akan peritmbangkan cadangan/pandagan tuan"..atau jd jer pak angguk "saya bersetuju dengan tuan", tp berhati2 dgn trick panel..kdg2 dia nk tgk keyakinan dan ketabahan kita mempertahankan jawapan...

jika diminta utk ty kan soalan, jgn skalu2 ty pasal gaji ker aper yg kita akan dpt...cubalah ty "apakah sumbangan yg boleh sy berikan selain tugas hakiki sekiranya saya diterima menjawat jawatan ini"...

plg penting: baca doa+surah Al Fill (alam tarokai) 3 kali dan hembus dgn aman bila masuk dlm bilik temuduga..insyaAllah panel kesian tgk muka kita...jgn lupa mintak doa mak bapak...agar permudahkan interview...k

smoga berjaya semua.

kenyataan ini hanyalah pandangan tak semsestinya sama dengan org lain atau dgn diri anda kelak....sbg panduan sahaja.
wsalam