Rezeki...Buatlah Pilihan Terbaik

Hanya syukur yang boleh ku ucapkan ke hadrat IIlahi, atas limpah kurnia rezeki yang telah dipinjamkan sementara kepadaku, moga-moga menambah lagi keimanan kepadaNya...
Di bulan ramadhan yang lalu, aku terima 2 tawaran kerja baru, pertama di DGKOM sdn bhd sebagai programmer dan yang kedua di sektor awam sebagai Pegawai Sistem Maklumat gred F41...tawaran kijer ini datang pada minggu yang sama, membuatkan aku menadah tangan syukur dengan apa yang kuterima.
Setelah dihitung, kira, pendapat dari masyarakat sekeliling, ku telah terima jawatan di sektor awam di atas beberapa sebab, antaranya kestabilan, faedah masa depan yang baik dan perkembangan kerjaya yang efisyen.
Pada tanggal 25 Nov 2005, aku telah meletak jawatan sebagai eksekutif MIS di Tenaga Cable Industries, perletakan jawatan ini mengundang rasa hiba dijiwa lantaran keakraban dengan kakitangan disini, suasana kijer yang seronok dan tekanan kijer kurang...sedih oiiii, tapi apakan daya, disini aku berstatus kontrak, bila2 masa aku boleh di terminate, so langkah proaktif perlu sebagai backup...
14 Dis adalah hari terakhirku berkhidmat di TCI, segala suka duka (banyak suka sebenarnya), menjadi kenangan, pengalaman yang kutimba disini amat bernilai yang tidak dapat ditukar kepada wang ringgit....
Semoga, kerjaya baruku... lebih baik dari apa yang kukecapi kini....

3 comments:

Tigrrr said...

Hi Zul!

Good luck working with the gomen. =) 2033 boleh pencen! ;)

zool said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Salam, takde jodoh kita la gamaknya.. Huhuhuhuh