Usia Adalah Satu Peringatan!!

Assalamualaikum...pada hari nota ini ditulis, genaplah usia aku '28' tahun, syukur kehadrat Illahi kerana sehingga kini aku masih lagi 'dibenarkan' menghuni alam maya ini, menghirup udara secara percuma, menikmati keindahan alam tanpa tiket dan bergerak sana sini tanpa lesen!!!
Lewat malam 19 Februari aku telah terima 'wish' dari rakan-rakan bermula dari
1. Ida Ayub>11:56pm
2. lin>00:01 am
3. Oya>00:02am
4. Halina>00:36am
5. Ita>00:47am
6. Haslina>03:01am
7. Teem (requuested)>11:17am
8. Jaha>12.30pm
9. Duan>15:45pm
10.my respected lecturer Cik Noor>15:59pm
terima kasih pada mereka kerana ingat hari lahir aku, terharu dan gembira!!jutaan terima kasih banyak-banyak.
Untuk makluman, hari lahir aku dikongsi bersama dengan Cik Najwa Hanis (1984) dan seorang kawan semasa matrikulasi UKM Cik Nursiah (1979) Selamat Hari Lahir diucapkan kepada kalian...semoga panjang umur murah rezeki.
Usia...adalah satu peringatan pada manusia...disamping helaian putih yang telah mula menyelitkan diri ditengah rimbunan hitamnya rambut, kata orang tua jangan dicabut nanti semakin banyak...sebenarnya, ada hikmah lahirnya uban dikepala... ya! sebagai peringatan supaya sedia menghadapi hari tua dan yang paling penting menanti kita dijemput pulang...ampunkan dosaku ya Allah!!!amin...
Dihari 28 ini...sebahagian impian hidupku telah tercapai, namun begitu perjalanan aku masih panjang lagi...kemana aku pergi soal jodoh adalah lumrah dipersoal, "bila nak makan nasik minyak?", "bila nak dapat akak ipar?", "bila nak kawin?", "dah ada yang punya?"...yup sepatutnya dengan umurku sekarang aku sudah ada anak bini, insyaAllah aku akan usahakan wahai ibu! sabarlah...
Selamat Hari Lahir Ke 28....

0 comments: