Sesudah Hari 28

Pada hari berikut...yup aku sudah menempuh tahun ke 28, terima kasih juga pada pokya kerana konon2 buat gempak wish besday lewat sehari, katanya nak jadi orang terakhir....elok-elok jer masuk 21 Jan, kul 00:00:25 saat, apapun terima kasih banyak-banyak.
Minggu depan, insya Allah keluarga aku akan mengadakan kenduri kesyukuran di kg (felda jenderak utara) pada 1 Muharam 1427 bersamaan 31 Jan 2006. Bersyukur kerana diberi limpah kurnia kepada ahli keluarga iaitu kejayaan anak saudara mendapat 9A dalam PMR (Nurnazurah), dan 4A1B dalam UPSR (Mohd Khairul Adha), juga sempena aku mendapat kerja di sektor awam... bukanlah kenduri besar cuma tahlil dan doa selamat, dan jamuan ala kadar sahaja. namun begitu, jemputlah bertandang jika kelapangan...

3 comments:

Abu Irfan said...

zool, selamat panjang umur.

okey, pok ya kalah. aku org last ucap.

Anonymous said...

Zul,hepi belated bday...Moga pjg umo + murah rezeki..Wish gak la kt aku Hepi belated bday...Bday aku 13hb tau...k, la..bye..
-DAren-

zool said...

terima kasih kepada lan dan daren, cuma tak dpt nk pastikan samada lan atau daren yg last wish....hepi belated bday to daren and ct nurhaliza